Pages


Fakta Menarik Malam ni :D

Assalamualaikum ~

Hey hey.. Apa khabar semua ? Hopefully, korang semua sihat walafiat ya.. Hari ni aku bukan nak tulis surat tak rasmi then send kat rumah korang, tapi hari ni aku nak bagi fakta fakta yang aku jumpa. Hobi aku membaca tapi aku ni jenis orrang yang suka membaca tapi aku tak tahu macam mana nak kongsikan apa yang aku tahu tu dengan orang lain. And for tonight, aku nak belajar untuk jadi seorang yang suka mencari dan memberi daripada aku mencari then aku simpan..

Fakta fakta yang aku jumpa :-

1) Manusia boleh hidup tanpa makan selama lebih kurang 14 hari tapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari sahaja.. [ Aku sarankan korang tidur okay ! ]

2) Mengunyah gula gula getah sewaktu mengupas bawang boleh mencegah kita daripada menangis [Yang ni aku sarankan untuk sesiapa yang tak biasa duduk dapur but then mak mertua korang suruh kupas bawang.. Haha ]

3) Kita tak boleh menjilat siku sendiri

4) Gerakan Bruce Lee sanagt cepat sehingga mereka terpaksa melambatkan filem agar kita dapat melihat pergerakkannya.

5) bermimpi adalah normal tidak kira sama ada mimpi indah mahupun mimpi ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi  atau masalah personaliti. [Aku harap setiap kali aku tidur, aku akan selalu bermimpi ! aku tak nak ada masalah peribadi or personaliti ni >.< ]

6) Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat , sel sel otak yang rosak akan diperbaiki  dan mengeluarkan hormon tertentu. [ So, setiap manusia memerlukan tidur yang secukupnya ! ]

7) Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernafas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukan sedemikian.

8) Lobster mampu hidup selama 100 tahun.

9) Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat. Tidak kira sama ada kita masih ingat ataupun tidak.

10) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita terutama pada tubuh dibahagian atas dan otak lelaki juga lebih berat dari wanita.

Okay la, aku dapat kongsikan 10 fakta jew untuk malam ni.. Even sebelum ni korang pernah baca tentang fakta ni, tapi aku tetap nak bagi korang baca tentang fakta ni ! Haha. Aku ada jumpa bermacam macam fakta untuk entry malam ni, tapi malangnya aku tak mampu nak ambil semua fakta tersebut untuk di masukkan ke dalam entry ini. So, i hope you will enjoy reading this entry :) Sharing is caring right ? :D

No comments:

Post a Comment