Pages


  Program berbuka Puasa

Assalamualaikum ~

Hey hey ! Hoi hoi ! Long time no see aaa.. Guys, before aku melalut lebih panjang berserta hujah hujah yang mengarot aku keluar, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ! :D walaupun aku rasa dah agak terlambat sebab semua students dah start masuk ke kelas and bagi students yang nak SPM tahun ni, diorang semua tengah struggle study untuk trial. Almaklumlah, sekarang kan musim exam ~ Good luck to all form 5 this year :) Okay okay, actually aku tak pasti aku nak update tentang apa untuk entry kali ni.

Eyhh ! Aku rasa aku macam nak cerita tentang Program Berbuka puasa bersama anak anak perlindungan ulu pauh. Even dah masuk minggu kedua raya, tapi aku tetap nak cerita tentang program ni ! Tak kira ! Tak kira ! [ sambil hentak hentak kaki ] untuk pengetahuan korang, program ni berlaku pada 14 ogos 2012. Tapi aku ni TER-lebih malas nak update blog. So, ku biarkan saja belog ku bersawang sawang umpama rumah yang ditinggalkan ~ Haha. :P Okay, cerita dah nak start ni.. Boleh la bawak popcorn tu dok mai makan depan lappy naa.. Tak mau bagi sepah okay ! Jadi budak baik tau ! Haha !

Ceritanya bermula sebegini ~

Dimalam yang sunyi lagi menyejukkan, aku bersengkang mata nak siapkan tentative untuk program ni. Ku fikirkan ianya mudah.. Rupa rupanya ianya sulit ! [ loghat indonesia] Rosak bahasa Indonesia aku buat -.-" okay okay, back to our story.. Lepas aku siapkan tentative semua, kitorang ada meeting before kitorang buat simulasi bersama fasi. Memang agak pening la sebab banyak kerja yang kitorang kena siapkan secepat mungkin then assignment pon banyak gila ! Lepas siap meeting and cari orang volunteer untuk jadi fasi, kitorang terus cari hari and masa untuk buat simulasi fasi. Memang penat ! Tapi rasa bersyukur gila lepas program tu habis.

Nak tengok gambar simulasi fasi ? Jap ! Nak cerita tentang aktiviti masa simulasi fasi tu kejap.

Mula mula semua fasi dah diberitahu untuk datang ke pusat sukan pada pukul 2 petang tapi at last kitorang buang masa hampir 1 jam untuk tunggu semua datang. Frust ? Not really.. Sebab aku pon ada kerja on that time. Hihi :P Tapi kesian la dekat Fasi fasi yang menunggu tu.. Haha. :P Kitorang start buat simulasi tu pada pukul 3 petang sampai la pukul 6.15 petang. Lamakan ? Dah la panas kat situ ! Kitorang buat aktiviti Rantai nama. Rantai nama ni kena ingat semua nama setiap fasi fasi yang volunteer untuk program ni. Best ? Of course la ! Haha.. Kelakar gila tengok gaya Idhan nak ingat nama orang.. :P [Sorry Idhan, TERmasukkan nama kau pulak :P] Then kitorang teruskan dengan aktiviti menari Tarian Tommy and Chicken Dance. Tarian Tommy tu sangat comel  + kelakar.. Chicken dance tu dah biasa buat dah.. Okay, malas nak cerita panjang panjang, Nah ! Tengok la gambar gambar simulasi fasi ni..

Time ni Asrul tengah handle untuk game Goreng pisang

Kami tengah busy meeting ni ! -.-"

Chicken Dance ? Haha ! :P

Pabila ku mengeluarkan bebelan bebelan ku ~ Kahkah !

Fasu yang kepenatan setelah beberapa minit menari ? o.O

Encik boss tengah bagi taklimat.

Comelkan gaya aku menari ? Haha ! :P




Okay, penat nak letak banyak banyak gambar.. Sekarang nak cerita tentang perjalanan program kat sana pulak. Program kat sana mulanya agak kucar kacir sikit sebab last minute dapat tahu yang bas datang pukul 5.30 petang. Sepatutnya bas kena datang pukul 5. Heaven gila bila kena tunggu lebih kurang 1 jam lebih kat cafe siswi. Then sampai kat tempat program lebih kurang pukul 6 petang. Seriously, I like.... [ Blur] Mungkin sebab tak tahu apa apa tentang perjalanan program kat sana so agak stress la mula mula tu. Dalam pukul 6.15 petang anak anak perlindungan[peserta] tu kena masuk dalam dewan. I feel like... [ Scared ! Like wanna run away from that place ! ] Nampak pulak kakak kakak mentor tengah pujuk certain peserta yang taknak masuk dewan. Tapi dalam lebih kurang 6.30 petang baru la program kitorang bergerak. Mulanya sesi perkenalan bersama fasi. Bebel bebel and menari menari semua. Then pukul 7 petang kena lepaskan semua peserta masuk ke dewan makan sebab nak berbuka dah. Then bebel bebel, borak borak, ambil gambar, bising bising, ambil makanan and apa entah. Then bila azan bunyi je, semua sibuk mengunyah makanan. [ Tak termasuk aku. ] That time aku malas nak makan sebab tak ada selera langsung ! Tapi mentor mentor semua suruh aku makan. So, dengan pasrahnya aku pon makan la sikit.. [ Aku lupa aku makan apa time tu -.-" ] Lepas berbuka, semua peserta keluar dari dewan makan. Time tu agak bercelaru sikit sebab semua agak kelam kabut. Nak beratur pon ambil masa yang agak lama. Then yang boleh solat tu pergi surau and yang tak boleh tu semua kena pergi dewan. Mula mula memang blur sebab slot untuk orang yang tak boleh solat tu langsung tak buat. LUPA ! Tapi kakak kakak mentor buat sikit persembahan untuk orang yang tak boleh solat tu. lebih kurang pukul 10, peserta habis solat terawih, semua kena duduk dalam dewan. Time tu aku dengan syafiq handle untuk slot bersama peserta. Ada tarian tommy, chicken dance, tarian orang bilang and tepuk sayang. Ada aktiviti yang tak sempat nak buat. Then pukul 10.30 malam pulak aktiviti penutup. Then balik ~ Aku tingalkan korang semua dengan gambar gambar kat program kat sana okay ? Daa ~ Nak tidur ~ Good Night ! :D

barisan fasi fasi 

*sila abaikan orang yang pakai tudung biru, baju putih kat belakang sekali [atas stage]

'sesi' menunggu bas