Pages


  Sem 2 sem yang memenatkan !

Assalamualaikum ~

Hey guys. What's up ? Okay, aku malas nak membebel panjang panjang. Just nak cerita tentang what had happened in my second semester. Okay, for sure my second semester is quite challenging. Seriously , really challenging ! Antara sebab sebabnya ialah :

1) Banyak grouping assignment yang menyebabkan aku tak dapat tidur malam.
2) Kena manage Kelab teater but at last tak buat apa apa event langsung. *sigh* ( disappointed).
3) Stress kena pulau. *sigh* ( disappointed and hope next semester will be alright )
4) Almost didn't have a time to sleep well.
5) Too much problem.

Ya Allah ! See ? This is just a few. Belum lain lain masalah lagi. *sigh*. Even though I had so much problem but I have some friends to help me to get up and never giving up. Antaranya ialah :


1) Syed Muhammad Idhan. ( My beloved Boyfriend.)
 - Idhan is my special one and he's my bodyguard kat Perlis. Couple since 13th January and teman bergaduh aku sepanjang hari. Dia seorang pembuli !


2) Nor Fakhrul Razi ( My beloved brother )
 - Lai lai lai. Fakhrul is my second bodyguard ! Muehehhe. Dialah bodyguard, dialah abang yang selalu jaga aku and dia jugak lah kawan yang selalu bantu aku.


3) Muhammad Farhan ( My beloved big brother )
- Big brother kah ? Haha. Disebabkan dia paling tua diantara kitorang so dialah bodyguard, abang, kawan yang paling sulung.. Haha. Dia suka marah aku. -.-


4) Nurul Nazihah ( My Kakak ! )
- Ni ha ! Kakak aku kat Perlis. Dia selalu jaga aku.. Tidur pon nak sama sama. Gedik betul ! Haha. Tapi takpe, aku sayang dia. Haha.. Dia selalu pujuk aku and bagi nasihat kat aku. Kakak la katakan.. Haha..

5) Ramai la lagi ! penat nak sebut sorang sorang. Afiqah, Fais, Wawa, Izzudin, Basirah and seangkatan dengannya.





Second semester ni aku belajar tentang bahagian pre-production ( before shooting). Ni antara subjek subjek yang aku belajar semester 2 ni :

1) Cinematography
- Subject ni kena buat event kat sekolah, Mini project ( buat short documentary), belajar tentang scene scene dalam movie, camera movement and etc. Awesome ! Best ! Especially dapat merayau pergi Alor Setar dengan budak budak satu course naik bas poli.

2) Storyboarding
- Subject ni tak susah tapi kejam ( bagi aku la). Kenapa aku cakap subject ni kejam ? Sebab kitorang kena create cerita then melukis and mewarna. Yang best part presentation ( Group Presentation). Even gugup sebab takut salah cerita, kena cover ketakutan ! Haha. Masa kitorang create cerita ni, berapa banyak kali entah kena reject dengan lecturer. But at last tambah perisa and gabung idea aku, Idhan and Farhan. So end up dengan project yang bertajuk 'The Icy Jack'.

3) Introduction to the video production.
- subject ni susah ! Serious susah ! Kena contact orang luar untuk dapatkan maklumat. Banyak nota kena salin. Banyak bende yang kena ambik kira before settle satu satu kerja. The whole things kerja grouping tapi memang memeningkan kepala. Dalam subject ni jugak presentation kitorang hampeh. Haha.. Takpe, belajar dari kesilapan.

4) Audio Video technology.
- subject ni mula mula nampak susah but practical dia boleh dikategorikan sederhana susah. Kenapa ? Sebab banyak nota yang buatkan aku tertidur masa lecturer membebel kat depan. Seriously, banyak gila nota ! Masuk je kelas, dah menguap. Haish.. Teruk betul ! -.-" Tapi untuk subject ni group kami dapat full marks ! *bangga*

5) Agama Islam
- subject ni kitorang belajar tentang seni dalam Islam. Kami kan budak seni, so kami kenalah belajar tentang seni Islam. Kelas sempoi habis ! Ada singing, borak and gaming.

6) Digital imaging.
- subject ni belajar tentang nak handle Adobe Photoshop. Sampai sekarang aku masih terkial kial nak edit gambar lagi. *sigh* Tapi takpe, still have a time isn't ? Relax and cool !

7) Creative thinking
- Subject ni senang lulus and senang gagal. Tataw kenapa aku cakap macam tu. Haha. Tapi subject ni je 1 jam setiap minggu. Best kan ? Haha.

8) Kokurikulum
- Subject ni aku pilih Taekwondo. Setiap hari rabu, malam aku kena turun pergi pusat sukan. Main tendang tendang, tumbuk and lari lari. Best jugak sebab aku teringat kat Sir Amza ! Rindu kat Sir Firdaus and Sir Amza. Pergi tournament, dapat medal gangsa. Kira okay la tu dari tak dapat apa apa medal kan. Tapi masa pergi tournament tu, Idhan, Fakhrul and Farhan tinggalkan aku kat Perlis and merayap kat Langkawi. Untung la ~ Sedih gila kena tinggal T.T

Okay la. sampai sini je entry aku kali ni. Next time kalau aku rajin, aku update lagi. Bye bye !

  Dugaan

Assalamualaikum ~

Hey guys ! What's up ? Ramai dari korang semua maybe tengah sunyi sepi, sedih dan berduka lara macam aku sekarang.. Tapi aku tak la 100% berduka lara sebab terselit jugak kebahagiaan yang Allah still simpan untuk aku. Yang mampu buat aku tetap and terus kekal Kuat ! :') *macam iklan sabun basuh baju dah aku tengok* Thanks Allah for sending me someone that still cared for me.

Capital S, this post is for you.

My sweetest friend, I'm sorry if I'd make mistakes. Aku tak pasti silap aku kat mana. Kau tak pernah terangkan kenapa kau tiba tiba benci aku. Aku tak salahkan kau tiba tiba kau marah marah aku. Aku terpaksa anggap semua tu just dugaan. Aku ni pon manusia biasa. Maaf sebab tak bagi perhatian masa kau cakap dengan aku sebab kau salah timing. Seriously, berat bagi aku nak accept and hadam apa yang kau cakap tu bulat bulat. Especially part kau cakap "AKU BENCI KAU". Aku sayang kau tapi aku tak faham conflict apa yang jadi antara kita berempat. Aku tak pernah benci kau. Tak pernah sekali pon. Aku pon manusia biasa. Walaupun aku nampak kuat tapi aku tetap ada hati dan perasaan.

Apa perasaan kau bila tiba tiba kawan yang kau sayang tak bercakap dengan kau? Abaikan kau ?  Kau boleh terima ke ? Aku keluar dengan empat orang tu pon sebab aku nak bagi masa untuk kau fikir apa yang terbaik untuk diri kau. Sorry kalau buat kau sakit hati. Aku sayang kau ! Menyakitkan bila orang yang kita sayang tiba tiba menjauh tanpa sebab. Aku cuma ada empat orang tu je. Dulu aku ada 8 orang yang sentiasa ada kat sisi aku, tapi sekarang semua dah pergi. Sakit Okay !

Sorry la kalau tiba tiba aku balik rumah tanpa sebab. Ye ! Aku nak lari dari korang. Aku duduk bilik yang ada 4 orang tapi aku rasa macam aku duduk sorang sorang. Hati aku sakit. Aku nak cari ketenangan. Maaf kalau buat kau terasa. Maaf sangat sangat.. Aku harap kau baca apa yang aku type ni.

*AKU TETAP SAYANG KAU SEBAGAI KAWAN SAMPAI BILA BILA, capital S..