Pages


  Sem 2 sem yang memenatkan !

Assalamualaikum ~

Hey guys. What's up ? Okay, aku malas nak membebel panjang panjang. Just nak cerita tentang what had happened in my second semester. Okay, for sure my second semester is quite challenging. Seriously , really challenging ! Antara sebab sebabnya ialah :

1) Banyak grouping assignment yang menyebabkan aku tak dapat tidur malam.
2) Kena manage Kelab teater but at last tak buat apa apa event langsung. *sigh* ( disappointed).
3) Stress kena pulau. *sigh* ( disappointed and hope next semester will be alright )
4) Almost didn't have a time to sleep well.
5) Too much problem.

Ya Allah ! See ? This is just a few. Belum lain lain masalah lagi. *sigh*. Even though I had so much problem but I have some friends to help me to get up and never giving up. Antaranya ialah :


1) Syed Muhammad Idhan. ( My beloved Boyfriend.)
 - Idhan is my special one and he's my bodyguard kat Perlis. Couple since 13th January and teman bergaduh aku sepanjang hari. Dia seorang pembuli !


2) Nor Fakhrul Razi ( My beloved brother )
 - Lai lai lai. Fakhrul is my second bodyguard ! Muehehhe. Dialah bodyguard, dialah abang yang selalu jaga aku and dia jugak lah kawan yang selalu bantu aku.


3) Muhammad Farhan ( My beloved big brother )
- Big brother kah ? Haha. Disebabkan dia paling tua diantara kitorang so dialah bodyguard, abang, kawan yang paling sulung.. Haha. Dia suka marah aku. -.-


4) Nurul Nazihah ( My Kakak ! )
- Ni ha ! Kakak aku kat Perlis. Dia selalu jaga aku.. Tidur pon nak sama sama. Gedik betul ! Haha. Tapi takpe, aku sayang dia. Haha.. Dia selalu pujuk aku and bagi nasihat kat aku. Kakak la katakan.. Haha..

5) Ramai la lagi ! penat nak sebut sorang sorang. Afiqah, Fais, Wawa, Izzudin, Basirah and seangkatan dengannya.





Second semester ni aku belajar tentang bahagian pre-production ( before shooting). Ni antara subjek subjek yang aku belajar semester 2 ni :

1) Cinematography
- Subject ni kena buat event kat sekolah, Mini project ( buat short documentary), belajar tentang scene scene dalam movie, camera movement and etc. Awesome ! Best ! Especially dapat merayau pergi Alor Setar dengan budak budak satu course naik bas poli.

2) Storyboarding
- Subject ni tak susah tapi kejam ( bagi aku la). Kenapa aku cakap subject ni kejam ? Sebab kitorang kena create cerita then melukis and mewarna. Yang best part presentation ( Group Presentation). Even gugup sebab takut salah cerita, kena cover ketakutan ! Haha. Masa kitorang create cerita ni, berapa banyak kali entah kena reject dengan lecturer. But at last tambah perisa and gabung idea aku, Idhan and Farhan. So end up dengan project yang bertajuk 'The Icy Jack'.

3) Introduction to the video production.
- subject ni susah ! Serious susah ! Kena contact orang luar untuk dapatkan maklumat. Banyak nota kena salin. Banyak bende yang kena ambik kira before settle satu satu kerja. The whole things kerja grouping tapi memang memeningkan kepala. Dalam subject ni jugak presentation kitorang hampeh. Haha.. Takpe, belajar dari kesilapan.

4) Audio Video technology.
- subject ni mula mula nampak susah but practical dia boleh dikategorikan sederhana susah. Kenapa ? Sebab banyak nota yang buatkan aku tertidur masa lecturer membebel kat depan. Seriously, banyak gila nota ! Masuk je kelas, dah menguap. Haish.. Teruk betul ! -.-" Tapi untuk subject ni group kami dapat full marks ! *bangga*

5) Agama Islam
- subject ni kitorang belajar tentang seni dalam Islam. Kami kan budak seni, so kami kenalah belajar tentang seni Islam. Kelas sempoi habis ! Ada singing, borak and gaming.

6) Digital imaging.
- subject ni belajar tentang nak handle Adobe Photoshop. Sampai sekarang aku masih terkial kial nak edit gambar lagi. *sigh* Tapi takpe, still have a time isn't ? Relax and cool !

7) Creative thinking
- Subject ni senang lulus and senang gagal. Tataw kenapa aku cakap macam tu. Haha. Tapi subject ni je 1 jam setiap minggu. Best kan ? Haha.

8) Kokurikulum
- Subject ni aku pilih Taekwondo. Setiap hari rabu, malam aku kena turun pergi pusat sukan. Main tendang tendang, tumbuk and lari lari. Best jugak sebab aku teringat kat Sir Amza ! Rindu kat Sir Firdaus and Sir Amza. Pergi tournament, dapat medal gangsa. Kira okay la tu dari tak dapat apa apa medal kan. Tapi masa pergi tournament tu, Idhan, Fakhrul and Farhan tinggalkan aku kat Perlis and merayap kat Langkawi. Untung la ~ Sedih gila kena tinggal T.T

Okay la. sampai sini je entry aku kali ni. Next time kalau aku rajin, aku update lagi. Bye bye !